Tiada lagi lagu untuk Ezlynn dan Zul Handy Black apabila kedua-dua peserta ini tersingkir di k0nsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2 (GV2), yang berlangsung pada malam Ahad.
Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 34, berkata sungguhpun perjalanan di GV2 sudah berakhir, tidak bermakna aktiviti seninya terhenti.
“Saya tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa meninggalkan pentas GV2 pada minggu ini. Dalam apa juga pertandingan yang saya sertai, perjalanan saya dalam dunia seni tidak bernah berakhir.
“Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada Astr0 kerana memberi peluang untuk saya berada di GV2 dan kepada para juri terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan,” katanya kepada Astr0 Gempak.
Sementara itu, bekas v0kalis kumpulan Handy Black Zul atan Nurzul Suphia'an Sa'ban ketika ditemui menganggap nasib tidak menyebelahinya pada minggu ini.
“Mungkin kerana lagu yang saya bawakan tidak ‘kena’, bagaimanapun saya terima keputusan yang telah dibuat.
“Saya tidak terkilan perjalanan saya berakhir pada hari ini kerana bergelar juara ataupun tidak itu bukan perkara utama yang dikejar.
“Dapat menyanyi bersama rakan-rakan lain telah memberikan pengalaman yang cukup berharga selepas bertahun-tahun tidak muncul di kaca TV,” katanya ketika ditemui selapas konsert berakhir.
Ezlynn dan Zul meninggalkan 10 peserta lain iaitu Haiza, Nassier Wahab, Farahdhiya, Nizam Laksamana, Ac0ng Sweetchild, Siti N0rdiana, Azian Mazwan Safuan, Ezad Lazim, Sheeda dan Amir Ukays yang akan terus bertanding di k0nsert minggu hadapan bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’.
Tugasan yang bakal dilalui peserta pada k0nsert minggu keempat itu ialah duet bersama rakan-rakan artis seperti Adira, Haleeda, Misha 0mar, Jaclyn Vict0r, N0urul Wahab dan ramai lagi.
Gegar Vaganza 2 dibawakan secara langsung dari Audit0rium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astr0 Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
sumber : lamansyok
0 comments:
Post a Comment